fbpx

Qistina Raisah maafkan Aqish, sedia berlakon sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Qistina Raisah (kanan) berlapang dada dan sudah memaafkan Puteri Balqis atas apa yang berlaku.

TIDAK mahu terlalu ‘melenting’ dengan isu tercetus melibatkan dirinya dengan Puteri Balqis, pelakon remaja Nur Qistina Raisah berlapang dada dengan apa yang berlaku.

Katanya kepada Pose, tiada yang yang perlu digembar-gemburkan kerana dia sudahpun memaafkan Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish.

Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri memberitahu, apa yang sudah berlaku, biarlah berlalu.

‘Tolong jangan ulang’

Sungguhpun begitu, dia mengharapkan agar Aqish tidak mengulangi perbuatannya.

“Saya dah maafkan Aqish cuma saya minta sangat-sangat, tolong jangan ulangi perbuatannya. Ibu saya sudah ajak ibu Aqish berjumpa, namun sehingga sekarang tiada jawapan.

“Dia perlu tahu sebagai seorang selebriti, apa yang diucap atau diungkapnya mudah menjemput tohmahan daripada orang ramai.

“Lagi-lagi, kalau apa yang dikongsikan itu melibatkan orang lain yang berpotensi menjatuhkan maruah seseorang,” katanya ketika dihubungi.

Kerja untuk keluarga

Ditanya tentang sindiran Aqish yang sepertinya tidak memperakui dirinya sebagai seorang pelakon berkaliber, Qistina, 14, mengakui masih jauh perjalanannya dalam dunia seni lakonan tanah air.

“Saya masih belajar untuk jadi seorang pelakon yang baik. Ya, saya tak menang trofi itu dan ini, tak seperti dia.

“Saya cuma nak cari rezeki buat keluarga bekerja dalam bidang ini. Saya percaya, Aqish juga begitu tujuannya dalam industri iaitu untuk bantu keluarga,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Qistina berkata, dia tidak kisah andai dipertemukan atau digandingkan bersama dengan Aqish dalam mana-mana projek lakonan akan datang.

“Saya okey sahaja bekerja dengan sesiapa pun. Saya profesional dan tak pilih dengan siapa saya akan atau kena berlakon.

“Dunia seni ini kecil sahaja. Pusing-pusing jumpa orang sama juga. Saya hanya mahukan yang baik-baik sahaja dan doa sama saya ucapkan buat Aqish.

“Saya tiada masa nak bermasam muka dengan sesiapa. Apa yang Aqish buat, saya boleh terima lagi dan maafkan. Walaupun dia tak sebut nama saya, netizen pantas buat kerja dan tudingkan kepada saya,” katanya.

‘Sambung kerja mengecam’

Sementara itu, usaha Pose mendapatkan kenyataan balas daripada Aqish hanya bernoktah dengan ‘twist’ ibunya, Norashikin Mohd. Aziz yang berkata, kenyataan yang dikongsikan anaknya itu barangkali ditujukan buat bintang ternama global, Kim Kardashian.

“Ada kemungkinan anak saya tujukan ayat punggung itu kepada Kim Kardashian, cuma beliau tersalah tulis umur.

“Artis Hollywood, bukan artis Malaysia. Kami dengan ini memberi laluan kepada mak cik dan pak cik Facebook untuk menyambung kerja-kerja mengecam kami,” kata Norashikin ketika dihubungi menerusi WhatsApp.

Sungguh, dunia ini sebenarnya kecil sahaja. Terlalu kecil untuk bertelagah dalam pada perjalanan hidup masih jauh.

Lagilah industri seni Malaysia yang balik-balik pelakunya orang atau muka yang sama. Ada masa berbaik, maka berdamailah sebab Qistina dan Aqish masing-masing masih muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI