fbpx

Pemandu lori tular lagak samseng positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular sebuah lori dipandu dengan bahaya di Lebuh Raya Persekutuan arah Shah Alam sebelum susur masuk Subang, Petaling Jaya, kelmarin.

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori yang ditahan selepas memandu secara berbahaya terhadap pemandu kereta lain di Lebuh Raya Persekutuan arah Shah Alam sebelum susur masuk Subang, di sini, semalam, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terkesan video tular yang dimuat naik di Facebook oleh Gurrsimrath Singh, semalam.

Katanya, rakaman video tersebut memaparkan sebuah lori memandu secara melulu seperti mengubah haluan dan berhenti secara mengejut di tengah jalan.

“Kejadian ini melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Lori jenis Scania,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kedua kedua pemandu kenderaan yang terlibat berjaya dikesan dan mendapati kejadian berlaku, kelmarin.

Tambah Mohamad Fakhrudin, sekitar pukul 5 petang semalam, suspek akhirnya ditahan pihak polis dan mendapati positif dadah jenis methamphetamin di Meru, Klang.

“Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1953. Suspek turut ditahan reman selama lima hari bermula semalam sehingga Selasa ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI