fbpx

Petisyen pengampunan Najib bukan desakan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu dekat Machang sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

MACHANG – Petisyen Pengampunan Diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan satu desakan politik yang dilakukan oleh UMNO untuk membebas dan melepaskan bekas pemimpin negara itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO setakat ini sudah mengutip lebih 3,000 tandatangan petisyen itu daripada semua peringkat akar umbi parti itu.

Menurutnya, tandatangan itu bukan sahaja diperoleh daripada peringkat Majlis Tertinggi, sebaliknya ia turut melibatkan Ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO.

“Ia bukan satu desakan politik sebaliknya petisyen itu merupakan prosedur yang dilakukan oleh parti tersebut sebelum petisyen tersebut dibawa ke Lembaga Pengampunan.

“Sebagai sebuah parti politik, UMNO menggunakan prosedur perundanhan sedia ada dan amat prihatin terhadap nasib bekas pemimpin kami.

“Setakat ini, lebih 3,000 ahli UMNO yang menandatangani petisyen itu. Perkara ini bukan suatu desakan atau tekanan, sebaliknya ia merupakan satu rayuan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pertimbangan,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Santunan Kasih Ramadan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO ketika ini telah berikhtiar dan yakin akan memperoleh tarikh untuk mempersembahkan petisyen tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

Menurutnya, serahan petisyen itu merupakan wadah terakhir UMNO dalam usaha untuk membebaskan Najib. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI