fbpx
Ramai kanak-kanak berasa seronok sehingga ketagih untuk bermain telefon pintar. – GAMBAR HIASAN

Anak kantoi ada kenalan sosial, gelar kekasih ‘shuben’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Ramai ibu bapa menyuarakan keresahan mengenai perilaku anak mereka yang dikatakan sudah pandai mencari teman istimewa menggunakan aplikasi yang terdapat di telefon pintar.

Lebih mengejutkan apabila ada dalam kalangan anak-anak terutama seawal usia 13 hingga 15 tahun semakin kemaruk dan ke­tagih dengan beberapa aplikasi perkenalan di media sosial sehingga terjebak kepada perbuatan tidak bermoral.

Seorang ibu yang juga eksekutif syarikat swasta dikenali Rina, 40, berkata, dia menyedari perubahan tingkah laku anak sulung perempuannya yang berusia 14 tahun apabila banyak menghabiskan masa dengan berseorangan di dalam bilik sambil bermain te­lefon bimbit.

Akuinya, perkara itu dilihat semakin menjadi-jadi dan berlarutan setiap hari bermula dari anaknya pulang dari sekolah sehinggalah ke tengah malam.

“Anak saya seperti orang sedang angau. Sentiasa dengan telefon tidak kira waktu makan, menonton televisyen dan berada dalam kereta.

“Perkara ini terbongkar apabila saya nampak dia sedang mesej seorang kenalan lelaki menerusi Omi Chat sebelum mereka beralih ke aplikasi WhatsApp. Lebih mengejutkan lagi apabila dia menggunakan panggilan ‘bee’ dan ‘shuben’ selain masing-masing berkongsi gambar rutin harian termasuk rakaman video sedang tidur.

“Mujur saya dapat kesan awal dan dia (anak) juga mendakwa baru mengenali lelaki yang se­usianya hanya dalam tempoh seminggu,” ujarnya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Pengalaman sama turut dikongsi seorang ibu dikenali Aireen, 43, apabila anak lelakinya yang baharu berusia 10 tahun sudah mahir menggunakan aplikasi LitMatch untuk mencari teman-teman di media sosial.

“Memang tak percaya dengan usianya yang masih kecil sudah terpengaruh dengan aplikasi-aplikasi sebegini.

“Mujur dapat kesan awal. Anak mendakwa aplikasi tersebut kini popular dan ramai dalam kalangan pempengaruh media sosial yang menggunakannya untuk mencari kenalan selain mudah dan pantas,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN