fbpx
RAMAI pekerja asing lebih berminat bekerja dalam sektor pembinaan dan perladangan.

‘Kami selesa cari makan di Malaysia, majikan sayang dan layan baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selesa dan mewah. Itu antara faktor yang mendorong ramai pekerja asing memilih negara ini untuk bekerja di pelbagai sektor terutamanya pembinaan, perladangan dan perkilangan.

Rata-rata pekerja asing yang ditemui turut mengakui mereka menerima layanan yang baik daripada majikan sehingga boleh membuat simpanan sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Warga Indonesia dikenali Lattif, 46, berkata, dia sudah 10 tahun bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota dengan tawaran gaji pokok sekitar RM2,000.

Katanya, antara punca dia setia bekerja di bawah majikan yang sama selama 10 tahun adalah disebabkan layanan baik yang diterima sama ada daripada pekerja lain mahupun ketua tempat dia bekerja.

“Majikan di negara ini sangat baik, kadang-kadang mereka melayan kita seperti keluarga sendiri dan bila susah, mereka juga bantu kita.

“Bagi saya, agak susah untuk keluar dari negara ini sebab sudah terlalu selesa dengan ­ke­adaan sekitar selain orang Malaysia terlalu baik melayan saya,” katanya.

Berbeza bagi Chandana, 38, yang mengakui sudah tiga kali bertukar kerja kerana peluang yang sentiasa terbuka di pelbagai sektor pekerjaan.

“Tak susah cari pekerjaan di Malaysia, lagi pun kami sama-sama (rakan) berkongsi maklumat sekiranya ada kerja kosong. Lebih mudah begitu kerana ada beberapa sektor yang orang tempatan tidak berminat untuk be­kerja di situ,” ujarnya.

Bagi Logan pula, dia mendakwa sangat mudah untuk me­ngumpul duit selama tinggal di Malaysia kerana gaji yang diterima juga agak tinggi berbanding di negara asalnya di Nepal.

“Setiap bulan memang wajib kirim duit ke kampung terutama untuk tampung perbelanjaan keluarga di sana,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN