fbpx
PEKERJA kontrak dalam bidang pembinaan mampu menerima gaji sebanyak RM2,500 sebulan.

Warga asing boleh jadi jutawan tinggal di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia kini diibaratkan sebagai lubuk rezeki bagi pekerja warga asing apabila mereka mampu menyimpan RM400,000 hanya dalam tempoh lima tahun tinggal di negara ini.

Malah, rata-rata daripada pekerja asing tersebut terutamanya warga Indonesia dan Bangladesh berjaya menguasai beberapa pekerjaan termasuk dalam sektor perkilangan, pembinaan dan perladangan yang menawarkan gaji ribuan ringgit.

Kebanyakan daripada pekerja asing­ ini mengakui mampu membuat simpanan sehingga mencecah setengah juta ringgit kerana mengamalkan gaya hidup sederhana selama berada di negara ini.

Hasil tinjuan Kosmo! ke atas beberapa kumpulan pekerja asing di Lembah Klang baru-baru ini mendapati, mereka bukan sahaja berjimat dalam soal berpakaian dan tempat tinggal, tetapi juga meliputi aspek makanan.

“Dalam soal makan dan minum, kami memang tidak pernah memilih. Cukup ada nasi berlauk garam dan bawang mentah, itu sudah memadai,” kata seorang pekerja asing dikenali Ahmed, 39.

Tambah pekerja kontrak itu, setiap bulan dia mampu me­nerima gaji sekitar RM2,500 sebulan dan hanya membelanjakan RM500 untuk makan dan minum termasuk RM180 lagi untuk bayaran sewa rumah.

Katanya lagi, adalah menjadi rutin harian untuk pekerja asing­ sepertinya membawa bekal yang dimasak sendiri dari rumah setiap kali keluar bekerja.

“Setiap bulan, saya mampu mengirim sebanyak RM2,000 kepada keluarga di Bangladesh.

“RM500 lagi beli bahan-bahan mentah untuk dimasak. Sekali- sekala sahaja kami beli makanan di kedai kerana terlalu penat.

PEKERJA asing di negara ini lebih selesa memasak sendiri daripada berbelanja di kedai makan atau restoran. – GAMBAR HIASAN

“Lagipun, pekerja kontrak se­perti kami ini gajinya tidak menentu, ada masa dapat banyak dan ada masa pula sikit. Semua­nya bergantung kepada kerja le­bih masa,” katanya kepada Kos­mo! baru-baru ini.

Bagi seorang lagi pekerja kontrak warga Bangladesh dikenali Md. Hossain, 36, dia mengakui sudah tinggal di negara ini selama lima tahun dan kini mempunyai simpanan sebanyak RM400,000.

Jelas Md. Hossain, dengan simpanan yang dikumpul itu, dia kini merancang untuk pulang ke kampung halaman dan membuka sebuah kedai runcit.

“Kumpul duit sebab nak buka kedai runcit, bagi isteri dan adik yang jaga di Bangladesh. Baru boleh hidup selesa di sana.

“Cumanya, kami perlu berjimat selama berada di Malaysia dan tidak boleh terlalu berbelanja. Saya kerja untuk keluarga, untuk pastikan mereka senang.

“Saya juga tidak kisah hidup susah di sini asalkan boleh kirim duit ke kampung,” tambahnya.

Berkongsi pengalaman sama, seorang pembantu rumah warga Indonesia dikenali Adinda, 29, berkata, dia bersyukur apabila dapat bekerja dengan majikan yang sangat baik dan tidak kedekut dalam soal memberi gaji.

“Saya datang bekerja di Malaysia sebab lihat kawan-kawan dari Indonesia yang mampu me­ngirim duit yang banyak kepada keluarga mereka.

“Dari situ saya berniat untuk datang dan bekerja di sini. Kebetulan pula ramai majikan di Malaysia yang baik dan menjaga kami seperti keluarga sendiri.

“Sekarang ini, sudah dua tahun saya berada di Malaysia dan simpanan juga sudah mencecah RM40,000. Paling seronok adalah ketika mengirimkan duit kepada ibu bapa di kampung pada setiap bulan,” ujarnya.

Menurut Adinda lagi, ramai dalam kalangan pekerja Indonesia yang bekerja di negara ini mampu memiliki banglo mewah selain membuka perniagaan sendiri di kampung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN