SEORANG bekas pelajar SM Institute yang popular iaitu Goeun dilihat membuat reunion dengan anggota kumpulan Aespa.

Pada 2015, Goeun mendapat banyak perhatian apabila dimaklumkan sebagai pelatih dalam SM Rookies menjadi sebahagian daripada pasukan latihan pradebut SM Entertainment.
Kemahiran vokal dan sifat kepimpinannya mencetuskan keyakian ramai bahawa dia akan kekal dalam dunia industri.
Malangnya, Goen memutuskan untuk tidak bersama SM Entertainment pada 2020. Biarpun begitu, dia dilihat mengekalkan persahabatan dengan pelatih SM lain seperti NingNing dan
Karina yang merupakan anggota kumpulan Aespa.
Goen juga hadir menyaksikan konsert Aespa dan mengekalkan persahabatan dengan kumpulan itu.














