fbpx

Khemah, pemanas, beg tidur amat diperlukan mangsa gempa Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUTA Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal (kanan) melawat markas operasi pasukan Malaysia di Gazientep, Turkiye. - Foto / IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Ratusan ribu mangsa gempa bumi di selatan Turkiye pada ketika ini memerlukan pelbagai barangan keperluan bagi meneruskan kehidupan di zon bencana.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia yang melakukan sesi tinjauan awal di lokasi telah berjaya mengenal pasti beberapa barangan yang diperlukan mangsa gempa tersebut.

“Berdasarkan maklum balas, enam jenis barang memang amat diperlukan antaranya ialah khemah musim sejuk dan selimut tebal susulan cuaca yang cukup dingin di situ,” katanya.

Tidak ketinggalan ialah alat pemanas serta bilik mandi dan tandas mudah alih yang akan ditempatkan di kawasan strategik berdekatan khemah mangsa-mangsa bencana berkenaan.

Justeru tambah Wisma Putra, rakyat Malaysia yang ingin membantu mangsa gempa boleh menyalurkan sumbangan melalui Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri.

“Tabung tersebut diselia oleh Wisma Putra, membolehkan setiap penyumbang layak tuntut sebagai pengecualian di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan.

“Ia boleh disalurkan menerusi akaun Affin Islamic Bank Berhad Cawangan Putrajaya dengan nombor akaun 1054 9000 0599 atas nama rasmi tabung berkenaan. Bagi tujuan rekod dan resit rasmi, sila dinyatakan butiran sumbangan melalui pautan https://tinyurl.com/yck9tnen,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI