fbpx

Pelakon sitkom ‘Santan Berlada’, Baharuddin Darus meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarhan Baharuddin.

PETALING JAYA – Pelakon sitkom popular ‘Santan Berlada’, Baharuddin Darus dilaporkan meninggal dunia kira-kira 3.45 petang tadi akibat sakit tua.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun di kediaman anaknya di Temerloh, Pahang.

Perkara itu dikongsikan pelakon veteran, Zulkifli Ismail menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Sahabat lama saya, pelakon veteran Baharuldin Darus Asrul Raden Baharuldin telah kembali ke rahmatullah petang tadi.

“Allahyarham terkenal dengan watak Asrul dalam sitkom popular Santan Berlada. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. (Terima kasih Shahrul Amin Mustafa Albakri yang telah menyampaikan berita),” katanya.

Difahamkan, keadaan kesihatan Allahyarham mula merosot sejak dua minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI