fbpx

Malaysia-Singapura fokus tangani isu penipuan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kanan) bergambar bersama-sama Josephine selepas selesai Mesyuarat Dua Hala Antara Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia dan Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura

PETALING JAYA – Malaysia dan Singapura bersedia menjalinkan kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran serta amalan terbaik dalam menangani isu penipuan dalam talian (online scam) secara lebih berkesan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura, Josephine Teo hari ini turut membincangkan kerjasama bagi mengoptimumkan penggunaan data sebagai sumber komoditi yang berharga dalam pertumbuhan ekonomi digital negara.

“(Mesyuarat) membincangkan dengan lebih mendalam hala tuju kerjasama Malaysia dan Singapura dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital selain bidang komunikasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Fahmi, Malaysia dan Singapura baru sahaja memperbaharui kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 30 Jan lepas di negara jiran itu.

“Ia sekali gus menyediakan platform kepada agensi-agensi di kedua-dua negara memulakan kerjasama yang lebih mendalam dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital.

“Saya turut mengalu-alukan kesudian Josephine serta delegasi menghadiri konsert Muzika Ekstravaganza yang dihoskan oleh Malaysia pada malam ini anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MediaCorp Suria Singapura,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI