PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah diramal hampir di seluruh negara pagi ini termasuk Sabah serta Sarawak.
Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca buruk melanda Pahang ketika ini sehingga pukul 1 tengah hari nanti.
“Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hanya tertumpu di daerah Jerantut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE














