fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir landa hampir semua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut) dan Pahang (Bentong, Bera dan Rompin).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) dan Johor (Segamat, Kluang dan Mersing),” katanya.

Kata Metmalaysia, di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi).

“Di Sabah pula amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN