fbpx

Kakitangan TH di Jalan Tun Razak positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) Jalan Tun Razak di sini disahkan positif Covid-19 hari ini.

TH dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan perkara itu selepas kakitangan berkenaan menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

“Kakitangan berkenaan kini sedang menjalani rawatan di hospital.

“Selain itu, kakitangan yang dikenal pasti kontak rapat dengan pesakit tersebut diarahkan untuk menjalani ujian saringan serta menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, TH akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa khususnya KKM bagi mengekang penularan wabak ini.

“Kita juga akan melaksanakan sanitasi di kawasan kerja yang terlibat dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi meminimumkan potensi jangkitan kepada warga kerja dan juga para pendeposit yang berurusan di kaunter,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI