fbpx
BAHAGIAN ruang tamu rumah mangsa banjir yang terbakar du Kampung Berchang Baru Lubuk Kulit di Lipis.

Rumah mangsa banjir di Lipis terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Seorang mangsa banjir mengalami dugaan besar apabila rumah yang ditinggalkannya kerana dinaiki air terbakar di Kampung Berchang Baru, Lubuk Kulit di sini semalam.

Ketua Zon Tiga, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa serta keluarganya masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit.

“Seramai lapan orang anggota bomba dari BBP Kuala Lipis bersama sebuah jentera pemadam dan hilux bergegas ke tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shahrul Nizam, setibanya di lokasi kejadian anggota bomba mengesahkan kejadian kebakaran tersebut dan mendapati api sudah dipadamkan.

Beliau memberitahu, kebakaran berlaku di bahagian ruang tamu melibatkan peralatan sofa dan siling rumah.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan kerana penghuninya masih berada di PPS. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN