fbpx
HARRY STYLES

Pengawal keselamatan Harry Styles diugut bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYANYI Harry Styles diancam bahaya selepas seorang wanita mengancam untuk membunuh pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga keselamatannya.

Menurut laporan media, wanita tersebut dikenali sebagai Diana Tarazaga Orero membuat ancaman bunuh terhadap pengawal peribadi Styles, Michelle Roycroft kerana berang selepas beberapa kali dihalang bertemu dengan penyanyi kesayangannya itu.

“Suspek mengutus sepucuk surat mengatakan mahu membunuh pengawal peribadi Styles kerana selalu berada dekat dengan penyanyi itu,” kata pegawai polis.

Menurut polis dari kota London itu lagi, Orero mengirim sehingga 100 pucuk surat ugutan termasuk ancaman bunuh terhadap pengawal peribadi terbabit.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan Styles berasa tidak selamat dan bimbang atas keselamatan dirinya.

Justeru, dia meminta pengawal keselamatan meningkatkan kawalan ke atas dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN