KETIKA ramai rakan seusia menamatkan zaman bujang, penyanyi Nabila Razali pula tenang melewati hari-harinya tanpa bayangan teman istimewa. Selebriti berusia 30 tahun itu mengakui kesibukannya sebagai anak seni menjadi kekangan untuk mengenali mana-mana jejaka sebagai pasangan hidup. Bintang drama Seindah 7 Warna Pelangi itu bahkan mengakui bimbang tidak dapat memberi komitmen penuh, sekiranya terjebak dalam percintaan. “Saya sedar rakan-rakan sekeliling ramai sudah berkahwin dan ada keluarga tapi saya masih belum ada rezeki ke arah itu. “Bukan tidak mahu bercinta tetapi……