fbpx
Gambar hiasan.

Suami curang ketika hamil anak pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wa­nita hilang arah apabila perkahwinannya yang baru berusia tiga tahun diduga apabila suaminya bermain cinta dengan beberapa orang gadis melalui aplikasi media sosial.

Lebih memeritkan apabila rahsia suaminya itu terbongkar ketika dia sarat mengandung anak pertama.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wani berkata, dia tak tahu apa punca suaminya bertindak demikian kerana rumah tangga mereka dalam kea­daan baik.

“Kami merancang untuk mendapatkan anak apabila perkahwinan memasuki tahun kedua kerana masalah kewangan.

“Dalam tempoh perkahwinan memang tidak ada apa-apa isu berbangkit dan kami bahagia,” katanya.

Menurut Wani, dia tidak pernah mengesyaki suaminya yang merupakan seorang pekerja swasta mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

“Semuanya terbongkar semasa saya ternampak logo aplikasi itu di telefon bimbit suami. Luluh hati saya apabila membaca perbualan mesra dia dengan beberapa wanita lain,” katanya.

Menurut Wani, suaminya insaf selepas dia bersemuka dan berjanji tidak akan mengu­langinya lagi.

“Kini saya berbelah bahagi. Sukar untuk tatap wajah suami kerana tergamak dia melakukan perbuatan itu ketika saya sedang sarat hamil,” katanya.

Tambah Wani, dia dinasihatkan untuk mendapatkan sesi kaunseling ekoran masalah tersebut untuk menyelamatkan rumah tangga dan masa depan anak mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN