fbpx
Johari

Johari fokus selesaikan 4 masalah pembangunan di Titiwangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Empat masalah berkaitan pembangunan semula yang sudah terbiar lama di kawasan Parlimen Titiwangsa menjadi keutamaan bagi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Ghani.

Menurut laporan FMT, bekas Menteri Kewangan II itu berkata, masalah pembangunan tersebut yang berlaku masih belum selesai sejak wakil rakyat lepas, Datuk Seri Rina Harun dari Bersatu menyandang kawasan tersebut pada 2018.

Empat masalah yang menjadi keutamaan Johari adalah berkaitan pembangunan semula; rumah pangsa PKNS di Kampung Sungai Baru; rumah pangsa PKNS di Jalan Pekeliling; pasar di Jalan Raja Bot, Chow Kit dan pasar di Kampung Datuk Keramat.

“Saya hampa apabila pemimpin Bersatu itu meninggalkan Parlimen Titiwangsa kemudiannya ke Sepang tanpa menyelesaikan isu-isu tertunggak, secara sistematik dan profesional.

“Kita perlukan pemimpin-pemimpin di kawasan untuk tangani isu ini dan bawa kepada pihak berkuasa dan selesaikan ia sama sekali,” katanya.

Jelas beliau, pertama sekali mahu selesaikan secara baik berkenaan pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kampung Baru yang tertangguh.

Katanya, seramai 89 peratus penduduk yang memilih untuk memberi laluan kepada pembangunan semula berharap dapat pulang ke rumah baharu yang selesa.

Namun jelasnya, disebabkan pelbagai isu kerja-kerja pembinaan rumah pangsa baharu belum bermula, hampir lima tahun kemudian, kata Johari.

“Ini memerlukan pemimpin yang betul-betul komited untuk bincang dan selesaikan masalah. Mesti ada iltizam politik. Bila kita nak selesaikan masalah, kita mesti guna pendekatan ‘menang-menang’.

“Rakyat pun menang kerana daripada duduk satu rumah flat dengan satu bilik air dan satu bilik tidur, akhirnya dapat tiga bilik tidur dan dua bilik air. Saiznya 850 kaki persegi atau 900.

“Saya mesti kaji semua hal ini kerana semua isu ini berlaku ketika empat tahun enam bulan semasa saya bukan lagi wakil rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, satu lagi projek yang tertangguh melibatkan pembangunan semula rumah pangsa PKNS di Jalan Pekeliling yang menurut Johari sudah 14 tahun belum selesai.

Ketua UMNO Wilayah Persekutuan itu juga mahu membina semula Pasar Jalan Raja Bot di Chow Kit yang terbiar sejak 10 tahun lalu.

“Kita mesti memastikan bahawa kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk membangunkan pasar ini mestilah yang berwibawa yang boleh siapkan kerja mereka dalam masa yang telah ditetapkan.

“Pembinaan semula Pasar Kampung Datuk Keramat menjadi satu lagi keutamaan kepada saya. Pembinaan tergendala ekoran pertikaian antara pemaju dan pemilik tanah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” ujarnya.

Johari berkata, kelewatan memberi masalah besar kepada peniaga, yang berharap pasar baharu itu akan menarik lebih banyak jualan dan keuntungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN