HIDUP dalam suasana dikelilingi udara bersih mampu memberikan ketenangan dan keselesaan dalam kehidupan.
Namun kini, pencemaran yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu kehidupan kita untuk mendapatkan udara lebih bersih.
Kini tidak perlu bimbang lagi, sistem penulenan udara daripada Coway Noble boleh mengatasi masalah itu.
Dilengkapi dengan sistem penapisan enam langkah dan ciri pensterilan ultra violet-C (UVC), teknologi terkini yang canggih itu boleh meningkatkan keberkesanan membasmi bahan pencemar dalaman.
Ia bagi memastikan udara yang lebih bersih dan segar di ruang dalam.
Penulen udara ini juga menggunakan penapis 4D pertama sepertinya yang menjanjikan penulenan 360 darjah yang menyeluruh.
Selain itu, ia turut dilengkapi penapis Double HEPA yang terbukti membasmi 99.999 peratus virus memudaratkan, termasuk varian Omicron Covid-19 yang pantas merebak.
Penulen udara Coway Noble menggabungkan lima jenis penapis dengan pensterilan UVC tambahan yang merangkumi sistem penapisan enam langkah yang unik.
Hasilnya, aliran udara tulen dan bersih secara berterusan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.
Langkah pertama ialah prapenapis 4D yang bertanggungjawab menyingkirkan zarah habuk besar, helaian rambut dan juga bulu haiwan peliharaan, selain mengedarkan udara dari setiap arah.
Kedua ialah penapis asap yang menghalang gas-gas berbahaya seperti nitrogen dioksida.
Manakala langkah ketiga mengurangkan alergen daripada anjing dan kucing dan juga kutu habuk melalui penapis alergen.
Langkah keempat merangkumi penapis penyahbauan yang menghilangkan bau kurang menyenangkan dan gas berbahaya.
Seterusnya dalam langkah kelima, penapis double HEPA 4D bersedia membasmi 99.999 peratus virus termasuk varian Omicron Covid-19, Influenza A (H1N1).
Akhir sekali, pensterilan UVC menyahaktifkan sehingga 99.9 peratus bakteria.
Selain rupa bentuk yang bergaya, penulen udara Coway Noble juga menggabungkan teknologi pintar terkini dengan memaklumkan pengguna tentang kualiti udara masa sebenar secara sepintas lalu.
Lampu petunjuk diod pemancar cahaya (LED) di bahagian atas penulen udara memberi maklumat kepada pengguna berasaskan empat warna berbeza.
Ia bagi menyatakan tahap pencemaran udara semasa, iaitu biru untuk baik, hijau (biasa), kuning (kurang baik) dan merah (teruk).
Penulen serba canggih ini juga dilengkapi sensor habuk, cahaya dan gas dengan empat penetapan mod iaitu pintar, turbo, senyap dan eco atau mesra alam.














