APABILA membincangkan tentang kemajuan dunia masa kini, pembangunan teknologi menjadi antara perkara yang paling dominan dalam kehidupan manusia. Teknologi tidak lagi terhad kepada penciptaan mesin, peralatan moden atau sistem automasi semata-mata, malah turut berkembang kepada pembangunan teknologi perisian berasaskan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI). Menurut Felo Penyelidik di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya Dr. Nurul Ashikin Alias, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai platform AI muncul di laman sesawang sama ada secara percuma mahupun berbayar.……














