fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Perlis, Kedah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir diramal melanda beberapa kawasan di Perlis dan Kedah pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, keadaan cuaca tersebut akan berterusan sehingga pukul 9 pagi nanti.

“Di Perlis ia melibatkan seluruh kawasan negeri itu, manakala di Kedah ia membabitkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan,” ujar MetMalaysia.

Jelas MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI