fbpx

Pekerja kilang ugut bunuh ibu, adik direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Seorang pekerja kilang yang mengugut mahu membunuh ibu dan tiga adiknya hanya kerana dilarang menggunakan motosikal dalam kejadian di Bandar Perdana di sini semalam direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Aina Ahmad.

Siasatan ke atas lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Kosmo! Online pada semalam melaporkan seorang lelaki yang berang kerana dilarang menggunakan motosikal sanggup mengugut untuk membunuh ibu dan tiga adiknya di rumah mereka di sini.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, suspek berusia 20 tahun turut memegang sebilah pisau sehingga menakutkan ibunya yang berusia 40 tahun.

Suspek dikatakan mengamuk selepas ibunya tidak membenarkan dia menggunakan motosikal jenis Honda C70. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI