fbpx
Gambar hiasan/AFP

Wanita merokok dianggap ‘buruk’ – Mufti P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berpanda­ngan fenomena wanita me­rokok dalam apa jua bentuk dan caranya adalah satu mani­festasi kemelesetan akhlak wanita Muslim masa kini.

Wan Salim berkata, me­rokok dalam kalangan wanita juga merupakan amalan yang dianggap suatu kebiasaan buruk pada pandangan golongan berakal.

Menurutnya, pada masa lalu, wanita yang merokok dipandang tidak sopan dan maruahnya akan terjejas di mata masyarakat awam.

“Ini menunjukkan kegagalan sistem pendidikan agama dan moral di negara kita dalam memberi didikan yang mampu menanam nilai-nilai moral yang baik kepada generasi muda.

Wan Salim Wan Mohd. Noor

“Majlis Fatwa Kebangsaan di dalam muzakarahnya di Hotel Sama-Sama KLIA pada 21 Di­sember 2015 telah memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Berita berkaitan: Makin ramai gadis muda ketagih hisap e-rokok

“Keputusan ini dibuat setelah mempertimbangkan kesannya dari sudut kesihatan dan ekonomi berdasarkan kepada kaedah syarak saddu zarai’ iaitu menyekat pintu keburukan ke atas individu dan masyarakat awam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Justeru, beliau memberi­tahu, sepatutnya pihak kerajaan bertegas untuk melarang kehinaan bahan yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia.

“Ini juga membazir wang yang sepatutnya digunakan bagi tujuan-tujuan yang memberi faedah dan manfaat ke­pada warga negara,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN