fbpx

Indonesia dakwa air zamzam 5 liter terlalu sedikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas mengagihkan air zam-zam untuk Jemaah Haji 2 dari Banten di Asrama Haji Pondok Gede, Jakarta. - Merdeka.com/ Iqbal S. Nugroho

JAKARTA – Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas memaklumkan bahawa pihaknya sedang ‘memperjuangkan’ agar jemaah haji negara itu dapat membawa pulang air zamzam tambahan berikutan sukatan 5 liter yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi adalah terlalu sedikit, lapor saluran berita Liputan6 semalam. 

“Saya sudah menghubungi beberapa pihak dan menyampaikannya kepada Menteri Haji Arab Saudi.

“Selepas ibadah haji selesai dan semua jemaah pulang kelak, saya akan kembali ke sini untuk menguruskan banyak perkara. Salah satunya adalah mengenai penambahan kuantiti air zamzam yang boleh dibawa pulang,” kata Yaqut di Masjidil Haram, Mekah.

Beliau menyatakan bahawa ramai jemaah nekad membawa air zamzam dalam beg pakaian mereka kerana kuantiti ditetapkan terlalu kecil.

“Mengapa jemaah memasukkan air zamzam dalam beg pakaian mereka? Ini adalah kerana sukatan 5 liter terlalu sedikit. 

“Jemaah haji Indonesia dan negara-negara lain berbeza. Kita menjalani kehidupan yang rapat dengan orang di sekeliling.

“Justeru, 5 liter akan cepat habis. Jiran-jiran dan keluarga jauh tidak akan dapat (air zamzam),” jelas Yaqut.

Sebelum ini, pihak berkuasa lapangan terbang Jeddah merampas bagasi milik sebilangan jemaah haji Indonesia kerana cuba menyeludup air zamzam.

Air zamzam yang terdapat di dalam setiap beg pakaian diisi dengan kuantiti sukatan berbeza-beza daripada botol kecil sehingga botol dua liter. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI