KOTA BHARU – Penyusutan harga emas ke paras terendah dalam tempoh sembilan bulan menyebabkan premis menjual barangan logam berharga itu kembali diserbu pelanggan sejak Khamis lalu. Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati rata-rata peniaga tidak menyangka harga pasaran emas menyusut kepada RM238 dan RM239 segram berbanding RM245 segram pada minggu lalu. Pemilik Kedai Wanie’s Faizal Gold & Diamonds, Azni Sharif, 43, berkata, ekoran situasi itu, premisnya yang terletak di Jalan Tengku Petra Semerak di sini mula merekodkan pertambahan pelanggan sejak Khamis lalu.……














