fbpx

Boris Johnson bersiap sedia berundur sebagai Perdana Menteri Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Johnson semasa sesi menjawab soalan di Dewan Rakyat, London semalam. - AFP A handout

LONDON – Boris Johnson meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif hari ini sekali gus memberi laluan kepada pelantikan Perdana Menteri baharu selepas berpuluh-puluh menteri berundur daripada kerajaan pimpinannya  yang dicemari skandal.

Seorang jurucakap Downing Street berkata, Johnson akan membuat kenyataan kepada rakyat Britain hari ini.

Parti Konservatif akan memilih pemimpin baharu dengan pemenang akan menggantikan tempat Johnson menjelang perhimpunan tahunan parti berkenaan awal Oktober ini, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) dan media lain.

Keir Starmer yang merupakan pemimpin parti pembangkang, Parti Buruh, menyambut baik pengunduran Johnson.

Bagaimanapun, Starmer berkata, apa yang diperlukan sekarang  adalah pertukaran kerajaan ‘secara tertib’  dan menuntut Parlimen mengadakan undi tidak percaya berbanding Johnson terus ‘berpaut’ kepada jawatannya untuk tempoh beberapa bulan lagi.

Ketika di ambang pengunduran beliau sebagai Perdana Menteri, Johnson hari ini berusaha untuk mengukuhkan semula kerajaan dengan melakukan sebilangan pelantikan bagi menggantikan anggota Kabinet yang berundur. Mereka termasuk  Greg Clark iaitu pemimpin terakhir yang menentang Brexit.

Johnson enggan melepaskan jawatannya walaupun menerima lebih 50 peletakan jawatan dalam kerajaan pimpinan beliau lewat semalam.

Terdahulu, bekas ketua dasar Downing Street, Camilla Cavendish memberitahu BBC bahawa Britain tidak lagi mempunyai sebuah kerajaan yang berfungsi dan menggesa Johnson meletak jawatan.

“Masa (untuk Johnson) berundur sudah tiba,” katanya kepada BBC. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI