fbpx
Skuad takraw negara yang berjaya muncul juara acara kuadran semalam.

Malaysia juara dunia kuadran, PM bangga semangat juang pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan sepak takraw negara selepas berjaya muncul juara acara kuadran pada Piala Dunia Sepak Takraw.

Kejayaan manis itu diraih selepas skuad negara menewaskan India 2-0 dalam aksi yang disifatkan penuh semangat, disiplin dan daya juang tinggi.

Menurut Anwar, kemenangan tersebut bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan dan kemampuan untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan untuk terus bersaing serta mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Beliau turut menyifatkan semangat juang dipamerkan pemain negara sebagai kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

“Syabas wira negara. Semangat juang yang dipamerkan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah!” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN