fbpx

Pekerja zoo lakukan CPR selamatkan orang utan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan pantas pekerja zoo berjaya menyelamatkan nyawa orang utan yang hampir lemas. - CEN

HANOI – Seorang pekerja Taman Safari Vinpearl di  Vietnam bertindak pantas untuk menyelamatkan nyawa seekor orang utan yang lemas di dalam sebuah kolam, lapor portal berita MailOnline semalam.

Video mengenainya menunjukkan seekor orang utan jatuh ke dalam air selepas cuba mencapai makanan yang dibuang ke dalam kolam  oleh pengunjung.

Haiwan itu mengibas-ngibaskan tangannya ke udara seolah-olah meminta tolong sebelum tenggelam ke dasar kolam.

Penjaga zoo tersebut bertindak pantas dengan melompat masuk ke dalam kolam sambil membawa pelampung.

 

Dia berjaya menemui orang utan dan menarik haiwan itu ke permukaan.

Pekerja tersebut seterusnya mengangkat orang utan itu naik ke darat  dan memberikan  bantuan pernafasan CPR sehingga haiwan itu kembali bernafas.

Tindakan pantasnya  telah menyelamatkan nyawa orang utan berkenaan dan mendapat tepukan gemuruh daripada  pengunjung yang menyaksikan kejadian itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI