fbpx

Harith Farhan buru podium laman sendiri di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH sudah melakukan persiapan mental dan fizikal untuk berlumba di kampung halaman (Terengganu) kerana litar itu sudah serasi dengannya sejak dibuka untuk Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

PELUMBA Tobaki Pink Racing Team, Harith Farhan Baharin sedia memburu podium pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus hari ini.

Selain mengharapkan tuah negeri kelahirannya, Harith juga sudah bersedia mempamerkan aksi terbaik setelah gagal menamatkan perlumbaan pusingan ketiga di Sepang gara-gara masalah jentera.

Menurut pelumba kategori CP125 itu, Litar Permotoran Terengganu sepanjang 1.37 kilometer tersebut merupakan antara litar kegemarannya sekali gus menjadi amaran buat pesaing terdekatnya.

“Sejak awal musim lagi saya membuat persiapan mental dan fizikal untuk berlumba di kampung halaman (Terengganu) kerana litar ini sudah serasi dengan saya sejak ia dibuka.

“Enjin jentera pula ada kemajuan dibuat pasukan teknikal. Selain itu, tidak keterlaluan untuk mengharapkan cuaca hujan kerana memberi kelebihan kepada saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! bersama rakan pelumba Tobaki Pink Racing Team di Kuala Terengganu semalam.

Md. Harith optimis menya­sarkan juara atau sekurang-kurangnya kedudukan podium tiga terbaik bagi kategori CP125 di Terengganu.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Tobaki Pink Racing Team, Saiful Azhary Muhamad, pula lebih selesa turun tanpa sebarang tekanan setelah tidak bernasib baik dalam dua daripada tiga pusingan sebelum ini apabila gagal tiba di garisan penamat.

Selepas tiga pusingan, Md. Harith kini mengumpul 17 mata di tempat kesembilan keseluruhan, manakala Saiful memungut lima mata di kedudukan ke-23 daripada 32 pelumba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI