fbpx

Zii Jia, Kean Yew berentap pada suku akhir Terbuka Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA akan bertemu lawan ibarat buku bertemu ruas, Kean Yew pada pusingan suku akhir Terbuka Indonesia hari ini.

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia berdepan tugas berat pada pusingan suku akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia apabila dijadualkan bertemu juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew hari ini.

Bagaimanapun, Zii Jia memiliki kelebihan menjelang perlawanan itu apabila mencatat tiga kemenangan dalam lima pertemuan sebelum ini dengan kali terakhir bertemu pada Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) Februari lalu.

Pemain No.5 dunia itu menegaskan, dia tidak mahu terlalu berfikir mengenai perlawanan tersebut, sebaliknya mahu mengekalkan fokus dan menampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

“Perkara paling penting adalah untuk mengekalkan fokus pada tahap tertinggi. Saya tidak mahu fikir ba­nyak sangat kerana apa yang penting adalah terus konsisten dalam setiap perlawanan,” katanya.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Istora Senayan semalam, Zii Jia tidak berdepan banyak masalah untuk menyingkirkan pemain India, Sameer Verma dengan kemenangan 21-10, 21-13.

Dia juga mengakui gembira dengan aksi ditampilkan ketika bertemu Verma kerana dapat bermain lebih baik berbanding menentang pemain Thailand, Sitthikom Thammasin.

“Saya dapat rasakan permainan semakin baik kerana pada pusingan pertama, saya agak bergelut berdepan kejohanan berturut-turut.

“Oleh itu, saya harap boleh bersedia menampilkan permainan seperti biasa menjelang aksi suku akhir. Perlawanan selepas ini pastinya lebih sukar berban­ding aksi terdahulu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI