fbpx
TABIAT menggigit kuku bukan sahaja merosakkannya, malahan berlaku jangkitan bakteria.

Gigit kuku berisiko jangkitan bakteria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KECANTIKAN seorang wanita bukan hanya terletak pada paras rupa dan bentuk badan, malah turut merangkumi penjagaan diri lain termasuk kuku kaki serta tangan.

Kuku sihat dan bersih melambangkan tahap kebersihan seseorang. Jika kuku cantik, individu itu dianggap pembersih.

Ciri-ciri kuku sihat dan cantik adalah berwarna merah jambu, bentuknya baik, selain bebas daripada tona warna tidak sekata.

Ramai tidak tahu perubahan warna, tekstur atau bentuk kuku adalah salah satu petanda masalah kesihatan serius kepada individu.

Jika berlaku perubahan ketara pada kuku, dinasihatkan segera berjumpa doktor pakar dan doktor dermatologi bagi mendapatkan rawatan.

Minggu ini, Kosmo! ingin memberikan tip memastikan kuku kekal cantik dan sihat yang dikongsikan pakar kecantikan, Dr. Suffia Hany Mohd. Amin.

1. Diet seimbang

Kuku yang sihat bermula dari penjagaan makanan dan diet seimbang. Kuku terhasil daripada pengambilan protein dalam diet anda seperti kacang soya, keju, ayam dan juga telur.

Suplemen dan makanan tambahan yang kaya dengan sumber biotin seperti salmon, avokado, kacang dan kubis bunga dapat membantu mengatasi masalah kuku rapuh.

2. Ketip kuku dengan tertib

Kuku kelihatan kemas dan sihat dengan cara memastikannya sentiasa pendek.

Kuku perlu diketip menggunakan pengetip kuku atau lakukan rawatan manicure dengan bentuk membulat dan tidak terlalu tajam.

Bagi mereka yang berhasrat menyimpan kuku panjang, pastikan permukaan bawahnya sentiasa dibersihkan.

Hal ini bagi mengelakkan bakteria pada kuku tersebar ke bahagian mulut ketika makan atau bersentuhan pada wajah.

DIET seimbang dapat menjadikan kuku seseorang sihat tidak mudah rapuh.

3. Guna pelembap kuku

Penjagaan kuku juga memerlukan pelembab dengan mencuci tangan secara kerap serta penggunaan pembersih tangan hand sanitizer bagi memastikan jari dan tangan sentiasa bersih.

Namun, penggunaan pembersih tangan secara kerap akan mengakibatkan kuku kering dan rapuh.

Minyak kelapa adalah pelembab yang bagus bagi memastikan kuku kelihatan berkilat, kukuh dan sihat.

4. Kurang guna pengilat kuku

Bagi anda yang gemar memakai pengilat kuku untuk nampak cantik dan berkilat sepanjang hari, pastikan kekerapan penggunaannya tidak lebih sekali seminggu sahaja.

Hal ini kerana, perkara itu berisiko mengering dan merosakkan kuku apabila terdedah kepada bahan kimia terlalu kerap.

5. Menanggalkan kutikel kuku

Jika anda perasan, di sekeliling kuku mempunyai kulit keras dipanggil kutikel.

Ia berfungsi untuk melindungi kuku anda.

Namun, kehadiran kutikel ini juga perlu dipotong terutamanya pada bahagian yang sudah terangkat dengan perapi kutikel.

KUKU akan kelihatan cantik dan kemas apabila sentiasa dipotong pendek.

6. Elak menggigit kuku

Sebahagian daripada kita mempunyai tabiat menggigit kuku sehingga boleh merosakkan kuku dan kulit di sekitarnya.

Tabiat berkenaan bukan sahaja merosakan kuku, malah boleh menyebabkan berlakunya luka-luka kecil.

Jika dibiarkan, ia akan mengakibatkan bakteria atau kulat kuku membiak lalu menyebabkan jangkitan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN