fbpx

Lara Dutta mahu lebih ramai produser wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LARA DUTTA

AKTRES yang juga produser jelita, Lara Dutta menyeru para wanita termasuk dalam kalangan pelakon untuk terlibat serius dalam bidang produksi perfileman dan tidak mengharapkan kerjaya lakonan semata-mata.

Pelakon berusia 43 tahun berasakan pelakon wanita dalam industri perfileman Bollywood sering diberi layanan tidak adil oleh pihak produksi dan pengarah termasuk, dari segi bayaran yang diterima berbanding pelakon lelaki.

“Saya mula sedar tentang perkara ini (ketidakadilan) sejak berada dalam industri lebih 20 tahun lalu.

Sejak itu saya mula membina hubungan baik untuk memulakan perniagaan sendiri.

“Saya rasa perlu ada produksi sendiri supaya kaum wanita tidak lagi didiskriminasi,” katanya.

Kini bintang filem Aan: Men at Work itu bukan sahaja terkenal sebagai pelakon, bahkan juga dikenali sebagai seorang produser filem.

“Saya menyeru golongan wanita dam kawan-kawan artis untuk memelopori industri filem sebagai pemain di belakang tabir.

“Selain saya, beberapa nama besar seperti Deepika Padukone, Alia Bhatt, Kangana Ranaut dan Priyanka Chopra telah mengembangkan sayap sebagai produser.

“Ini satu perkembangan yang baik dalam industri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI