fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat di 9 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di sembilan negeri malam ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangkakan berlanjutan sehingga pukul 9 malam nanti.

“Ia dijangka melibatkan seluruh kawasan di Peris dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.

“Di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah manakala di Perak membabitkan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang,” katanya.

Bagi di sebelah pantai timur, turut terlibat antaranya Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan serta Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

“Di Pahang, keadaan diramalkan tertumpu di beberapa kawasan iaitu Lipis, Raub dan Jerantut.

“Di Sarawak pula melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Kapit (Song).

“Selain itu, di Sabah membabitkan Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN