PETALING JAYA – “Buanglah sampah ke dalam tong sampah dan bukan ke dalam longkang atau sungai”
Demikian pesanan syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) susulan insiden banjir kilat di ibu negara semalam.
Menurut Alam Flora, banjir tersebut menyebabkan sampah sarap yang terdapat di ibu negara hanyut dibawa arus dan perlu dibersihkan.
“Skuad khas Alam Flora giat menjalankan operasi pembersihan sampah sarap yang dibawa oleh arus banjir.
“Harap orang ramai membantu mengurangkan masalah sampah hanyut ini dengan membuang sampah di tempat yang betul.
“Buanglah sampah ke dalam tong sampah dan bukan ke dalam longkang atau sungai. Sayangi bandaraya kita. Bandar bersih hidup lestari,” kata Alam Flora. – KOSMO! ONLINE
















