KETUA Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, dihalang pemain Kuala Lumpur City FC ketika beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban. FOTO- MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

NSFC peroleh tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Usaha keras pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh tiga mata dalam perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) malam ini.

Skuad kendalian K.Devan itu,berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan keputusan 2-1 dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini.

Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mencari peluang untuk menghasilkan gol.

Namun separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa 2 minit tanpa sebarang jaringan.

Hanya seminit selepas perlawanan separuh masa kedua dimulakan NSFC memperoleh gol pertama yang melalui sepakan sudut Ahmad Khuzaimi Piee dan dijaringkan Herold Mark Goulon.

Pada minit ke-73, KL City FC berjaya menyamakan kedudukan melalui tendangan sudut Paulo Josue Sturmer Dos Reis dan dijaringkan oleh Muhammad Irfan Zakaria.

Dua minit selepas itu pemain NSFC, Herald Mark Goulon berjaya menghasilkan gol kedua pasukan itu.

Perlawanan separuh masa kedua tamat dengan tambahan masa 5 minit. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN