fbpx
West Ham terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Craig Dawson dilayangkan kad merah. - Foto ihsan EPL

Chelsea ‘berpeluh’ tewaskan West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pasukan Chelsea menarik nafas lega selepas mengukuhkan kedudukan ketiga carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan West Ham 1-0 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Stamford Bridge itu, skuad The Blues kendalian Thomas Tuchel membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai Timo Werner, Kai Havertz dan Mason Mount.

Sementara itu, skuad The Hammers kendalian David Moyes pula merehatkan beberapa pemain utama dengan meletakkan Declan Rice, Antonio dan Jarrod Bowen di bangku simpanan.

Kedua-dua pasukan dilihat gagal memecah kebuntuan pada separuh masa pertama dengan benteng pertahanan kebal daripada mengelakkan gawang dibolosi.

Namun, nasib Chelsea bertambah baik apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-86 selepas Craig Dawson dilayangkan kad merah susulan kekasaran yang dilakukan ke atas Romelu Lukaku.

Pemain tengah The Blues, Jorginho gagal menyudahkan sepakan penalti sepas tendangannya mudah diselamatkan penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski.

Bagaimanapun, tuah ternyata memihak kepada Chelsea selepas pemain gantian, Christian Pulisic meledak gol kemenangan pada masa kecederaan selepas menyudahkan hantaran yang dilakukan oleh Marcos Alonso dan keputusan kekal sehingga wisel penamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN