fbpx
Mangsa (kanan) maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Simpang 3 berhampiran Sekolah Pak Badol, Bachok semalam. FOTO IHSAN POLIS

Warga emas maut motosikal bergesel lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Simpang 3 berhampiran Sekolah Pak Badol di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, mangsa, Wan Razak Wan Jambul, 65, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, pemandu lori berusia 49 tahun yang membuat muatan batu itu keluar dari simpang selepas melihat kiri dan kanan jalan.

Katanya, sebaik keluar, pemandu lori yang berasa seperti bergesel dengan sesuatu sebelum memberhentikan kenderaannya.

“Pemandu lori terbabit mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

“Motosikal mangsa jenis Honda EX5 pula terperosok di bawah lori jenis Hohan yang dipandu lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN