fbpx
Keadaan kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di Kilometer 128, Jalan Kuantan-Johor Bahru kelmarin.

Pelukan erat ibu mentua petanda ajal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Seorang menantu tidak menyangka pelukan erat ibu mentuanya ketika bertemu awal Ramadan lalu petanda ajal.

Mentuanya, Saripah Ab Malek, 59, maut bersama suami, Abu Samah Mohamaed, 74, dan anak perempuan mereka Nor Rawiyah, 25, selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 128, Jalan Kuantan-Johor Bahru kelmarin.

Kata Norhamiza Ahmad, 50, dia sekeluarga balik ke kampung bagi menyambut Ramadan dan sempat berbuka puasa bersama keluarga mentuanya.

“Ketika hendak pulang (ke Pekan), mak (Saripah) peluk saya sangat erat, ada rasa pelik juga, tidak sangka itu adalah pelukan terakhirnya,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gading dekat sini semalam.

Tambah Norhamiza, ibu mentuanya juga sempat berpesan agar sentiasa menjaga hubungan baik dengan adik-beradik ipar yang lain.

“Rupanya itulah kali terakhir saya berjumpa dengan arwah mak, ayah mentua dan adik ipar,” katanya.

Gambar kenangan Abu Samah (kiri) dan Saripah (kanan).

Dalam kejadian kelmarin, tiga beranak itu maut ketika dalam perjalanan pulang dari membeli barangan keperluan di bandar Rompin untuk berbuka puasa.

Turut cedera parah dalam kereta jenis Perodua Kancil dipandu Nor Rawiyah ialah anak­nya, Muhammad Harraz Mikhael Shafiq Hayqal berusia 10 bulan yang kini kritikal di Hospital Tengku Am­puan Afzan, Kuantan.

Kemalangan itu berlaku di­sebabkan sebuah van yang hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta dipandu Nor Rawiyah dan sebuah lori lain.

Jenazah ketiga-tiga mangsa kemalangan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Leban Condong dekat sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN