fbpx

Mahkamah UAE hukum mati wanita Israel kerana kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fidaa menerima hukuman mati selepas polis menemui kokain seberat 500 gram di apartmennya. - Facebook

DUBAI –  Sebuah mahkamah di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah menjatuhi hukuman mati terhadap seorang wanita Israel selepas dia didapati bersalah memiliki 500 gram dadah jenis kokain, lapor akhbar Saudi Gazette.

Wanita yang dinamakan media Israel sebagai Fidaa Kiwan, 43, itu sedang merayu hukuman tersebut.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Israel berkata,  pihaknya mengikuti perkembangan kes Fidaa dan mengendalikannya melalui perkhidmatan kaunselor dan wakil di UAE.

Kementerian sama bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hukuman yang diterima oleh Fidaa.

Media Israel melaporkan,  Fidaa yang memiliki sebuah studio fotografi di Haifa, utara Israel datang ke Dubai untuk bekerja kira-kira setahun lalu.

Dia ditahan seminggu kemudian selepas polis menemui kokain di apartmen tempat dia tinggal. 

Fidaa mendakwa bahawa dadah itu bukan miliknya.

Seorang peguam yang pakar dalam undang-undang UAE, Ziv Agmon  berkata, pejabat guaman di Dubai mendapati terdapat peningkatan dalam kes jenayah melibatkan warga Israel.

“Warga Israel perlu memahami bahawa pihak berkuasa di Dubai menangani kes dadah dengan serius,” tegas Agmon. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI