fbpx
Anwar (kiri) dan Najib.

‘Game on’, Najib setuju debat Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk menyahut cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd. (Sapura Energy).

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau akan meminta pasukan Anwar dan Rafizi mengaturkan perkara berkenaan dengan pihak media sekiranya terdapat hasrat untuk membuat siaran secara langsung.

“Sila berhubung dengan pembantu saya untuk mencari dan memilih tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Anwar sebelum ini, Najib menjelaskan bahawa kenyataan tersebut menunjukkan seolah-olah Rafizi menipu Anwar mengenai isu tersebut.

“Paling saya tak faham ialah kenyataan Anwar. Seolah-olah Rafizi menipu beliau apabila dia memberi taklimat kepada Anwar berhubung isu ini.

“Yang mula-mula cabar untuk debat ialah Rafizi sehari dua sebelum Ramadan bermula. Saya cuma sahut sahaja dan saya sudah menjawab kesemua sanggahan Rafizi setiap kali dinaikkan,” jelasnya.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyahut cabaran untuk berdebat bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu Sapura Energy.

Presiden PKR itu berkata, beliau bersedia untuk berdebat bersama Ahli Parlimen Pekan itu pada bila-bila masa sahaja.

“”Beliau kini memilih mencabar saya di awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela.

“Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada beliau tapi tidak bersahut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN