fbpx
Mohd. Azmir (tengah) turut membantu membersihkan Balai Polis Kuala Jambu, Tumpat yang ditenggelami banjir baru-baru ini. /FOTO ROSALWANI CHE SOH

Tiada laporan kecurian ketika banjir di Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat tidak menerima sebarang laporan melibatkan kecurian di rumah mangsa yang terjejas akibat banjir minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd. Azmir Damiri, berkata, setakat ini, polis hanya menerima laporan berkaitan kemusnahan harta benda termasuk kehilangan haiwan peliharaan, kerosakan tanaman dan rumah mangsa banjir.

Menurutnya, sepanjang kejadian banjir baru-baru ini, anggota dan pegawai menjalankan pemantauan 24 jam dengan rondaan bot di kawasan terjejas

“Meskipun polis menjalankan kawalan, penduduk tetap perlu mengambil langkah waspada. Ada mangsa banjir tetap mengawasi rumah ketika ahli keluarga mereka berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Keadaan banjir termenung kali ini agak teruk berbanding situasi banjir kuning pada 2014 lalu. Balai Polis Kuala Jambu dan Balai Polis Simpangan di sini juga ditenggelami banjir setinggi 1.5 meter,” katanya ketika ditemui pemberita selepas bergotong-royong membersihkan Balai Polis Kuala Jambu di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Balai Polis Kuala Jambu, Sarjan Mejar Nik Mohd. Nazri Nik Jaafar.

Jelas beliau, meskipun kedua-dua balai itu ditenggelami banjir, operasi masih berjalan seperti biasa termasuk menerima laporan daripada penduduk. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN