PETALING JAYA – Rata-rata pengusaha hotel, rumah penginapan dan peniaga di seluruh negara bakal mengalami penyusutan pendapatan apabila ramai pelanggan mula membatalkan tempahan bilik selepas risau dengan keselamatan masing-masing ekoran peningkatan jangkitan Covid-19 varian Omicron ketika ini. Pembatalan tempahan sepanjang musim cuti penggal persekolahan selama tiga minggu bermula Sabtu ini menyebabkan ramai hanya mahu bersiar-siar di lokasi dekat dengan kediaman yang tidak memerlukan mereka menginap di kawasan sesak. Bagaimanapun, ada juga pengusaha yang masih menerima tempahan dan premis dikunjungi pelancong……















