fbpx
ORANG ramai kini berpeluang duduk di kokpit dan mengendalikan ‘pesawat’ di SlimflightKL yang terletak di Terminal Skypark, Subang. -FACEBOOK SIMFLIGHTKL

‘Terhempas’ dua kali tapi masih selamat, tidak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KINI, semua orang boleh merasai pengalaman sebagai juruterbang apabila SimflightKL membuka peluang kepada orang awam untuk memandu pesawat menggunakan simulator Airbus A320 yang pastinya bakal menawarkan momen mengagumkan dan tidak dapat dilupakan.

Bertemakan You Be the Pilot dan SlimflightKL diuar-uarkan sebagai A place where you will be the pilot, ia sudah cukup menggambarkan pengalaman menarik bakal dinikmati pengunjung di SlimflightKL yang terletak di Terminal Skypark, Subang, Selangor.

Setiap kali simulator penerbangan, peserta akan diberi taklimat dulu dengan bantuan seorang jurulatih. Pelanggan juga boleh membawa empat orang sekeluarga untuk satu ‘penerbangan’.

—————————————————————————————————————————————————
RAMAI daripada kita teringin untuk duduk di kokpit kapal terbang. Ada juga yang mahu merasa bagaimana menerbangkan sebuah pesawat, namun hakikatnya kita tidak layak melakukannya kerana tidak memiliki lesen penerbangan yang sah.

Ketika usia kecil, apabila melihat kapal terbang melintas di ruang udara, kita mendongak dan melambai-lambai ke arahnya dengan terdetik di hati adakah kita juga mampu mengendalikan kenderaan terbang tersebut.

Semua itu adalah impian. Impian ketika kecil dan jika berjaya memperoleh lesen penerbangan, sudah pasti kita boleh menjadi juruterbang, namun jika tidak, mungkin ia sekadar impian yang nampak mustahil untuk dijadikan kenyataan.

Bagaimanapun, impian itu sebenarnya boleh menjadi realiti apabila sebuah penyedia perkhidmatan penerbangan, SimflightKL kini menawarkan pengalaman memandu pesawat simulator Airbus A320 kepada orang awam.

Bertemakan You Be the Pilot dan SlimflightKL diuar-uarkan sebagai A place where you will be the pilot, ia sudah cukup menggambarkan pengalaman menarik bakal dinikmati pengunjung di SlimflightKL yang terletak di Terminal Skypark, Subang, Selangor.

Di situ, orang awam berpeluang untuk merasai pengalaman penerbangan simulator yang mengagumkan dan pasti tidak akan dapat dilupakan.

Dengan pilihan lima pakej, orang ramai boleh memilih pakej diingini mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.


SElAIN menyediakan peluang untuk orang awam menerbangkan pesawat di SlimflightKL juga terdapat akademi kru kabin, Cabin Crew Academy KL.

Menurut Pengurus SimflightKL, Amin Said, semua orang boleh ‘menerbangkan’ sebuah pesawat dengan harga mampu iaitu bermula RM59 bagi simulator penerbangan antara enam hingga lapan minit dan RM99 (15 minit) dengan pengalaman satu take off (pelepasan) dan landing (pendaratan).

Selain itu katanya, pelanggan juga boleh memilih pakej 45 minit penerbangan berharga RM199 melibatkan dua pengalaman take off dan landing atau pakej 75 minit penerbangan melibatkan pasangan (couple) berharga RM360 yang akan menerbangkan ‘pesawat’ bergilir-gilir melibatkan tiga take off dan landing.

“Setiap kali simulator penerbangan, kita akan memberi taklimat dulu dengan bantuan seorang jurulatih. Pelanggan juga boleh membawa empat orang sekeluarga untuk satu ‘penerbangan’.

“Juruterbang ini akan diberi peluang untuk menerbangkan pesawat Airbus A320 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) mengikut pakej yang mereka pilih,” katanya ketika ditemui K2 baru-baru ini.

Bertempat di tingkat satu Terminal Skypark, SimflightKL bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba sendiri memandu pesawat, malah ia juga merupakan one stop centre yang menyediakan perkhidmatan lain antaranya Cabin Crew Academy KL dan terbaharu pada bulan lalu ia memulakan pengambilan 18 orang pelajar muda di bawah program Penerbang Muda Young Aviator Academy.

Tambah Amin, kebanyakan ibu bapa membawa anak mereka ke situ bagi melihat sejauh mana anak minat menjadi juruterbang. Mereka memberi galakan kepada minat anak-anak, namun pada masa sama bimbang sekiranya ia sekadar hangat-hangat tahi ayam sedangkan pelaburan yang perlu dibuat bukan sedikit.


SIMULATOR penerbangan itu boleh dikendalikan oleh semua peringkat usia termasuk kanak-kanak.

“Bagi perkhidmatan Cabin Crew Academy selama dua bulan yang bermula sejak tahun 2014, kami telah melatih lebih 700 kru dari pelbagai negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Jepun, Korea, Filipina, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Brunei selain kru tempatan.

“Untuk tahun ini, bermula Januari lalu kami telah memperkenalkan program Penerbang Muda untuk kumpulan berusia antara tujuh hingga 12 tahun bagi mengikuti sesi pembelajaran berhubung pengetahuan am mengenai operasi dan pengendalian penerbangan termasuk Kawalan Trafik Udara (ATC) selama dua tahun melibatkan enam tahap pengajian yang dijalankan pada setiap hujung minggu,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, SimflightKL turut memberi peluang kepada pelajar jurusan penerbangan daripada universiti mahupun murid sekolah untuk melihat secara real apa yang mereka pelajari dengan lebih dekat.

Malah katanya, beberapa syarikat iklan, produksi drama mahupun filem tempatan turut melakukan penggambaran dalam simulator penerbangan ini.

“Orang ramai boleh mengunjungi dan merasai sendiri pengalaman ‘memandu’ kapal terbang dengan hanya membuat tempahan di laman web kami iaitu www.simflightkl.com.my.

“Bagi yang memilih pakej simulator berharga RM59, mereka juga boleh datang secara walk in,” tambahnya lagi.

Simulator berkenaan dikendalikan pada kelajuan 150 knot.

ORANG ramai akan diberikan taklimat atau penerangan mengenai fungsi-fungsi butang dan peralatan pada simulator itu.

Menurut laman web tersebut, simulator profesional Airbus A320 di SimflightKL itu direka khas untuk juruterbang dan masyarakat awam.

Ia direka sesuai bagi peringkat pengenalan, bertujuan memahami prosedur, instrumen penerbangan serta latihan navigasi untuk juruterbang profesional.

Walaupun ia merupakan simulator bertapak tetap, peserta berpeluang merasai pengalaman atau sensasi yang sama seperti berada di kokpit sebenar.

Sementara itu, seorang pengunjung, Noraini Yahya, 48, yang pertama kali mencuba ‘menerbangkan’ pesawat Airbus A320 teruja walaupun dua kali ‘terhempas’ ketika cuba mendaratkan kapal terbang berkenaan.

“Kalau betul-betul, mungkin saya sudah ‘dua kali mati’ tetapi ia benar-benar pengalaman paling berharga.

“Saya dibantu oleh ‘co-pilot’ atau jurulatih sepanjang mengendalikan pesawat simulator ini dan saya diberi tunjuk ajar untuk menutup atau membuka butang mana. Kini saya mempunyai sedikit pengetahuan bagaimana seorang juruterbang mengendalikan pesawat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN