fbpx
RAYSHA RIZROSE

Nilai bintang Raysha Rizrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Tempoh tujuh tahun bergelar seorang pelakon telah banyak mematangkan wanita bernama Raysha Rizrose. Namun satu perkara yang masih tidak berubah tentang dirinya adalah sikapnya yang pemalu.

Biarpun berpengalaman berlakon dalam banyak karya dan dikelilingi kakak-kakak sealiran yang popular, iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose, Raysha mengakui masih sukar untuk mengubah dirinya yang merupakan seorang introvert.

Malah, dek sikap dan ekspresi wajah yang jarang mengukir senyuman, ramai tersalah sangka dan menganggap pemilik nama sebenar Farza Naquraisha Mohd. Fariz itu bersikap sombong.

Justeru, Raysha, 26, sering dinasihatkan kedua-dua kakaknya untuk bersikap lebih terbuka.

“Jika orang tidak kenal saya mesti ingat saya sombong, walhal saya seorang pemalu. Kakak-kakak menerima diri saya seadanya. Walaupun kami adik-beradik, perangai kami sangat berbeza.

“Seperti Uqasha, dia seorang yang sangat lantang bersuara. Apa emosinya, itulah yang dia akan cakap. Jika marah atau gembira dia akan cakap sejujurnya.

“Nelydia pula sikapnya adalah di pertengahan antara Uqasha dan saya. Dia bersederhana dalam segala perkara. Berbeza dengan saya yang terlalu berhati-hati.

MENGAKUI sedang serius menjalin percintaan dengan seorang pelumba kereta tanah air, Rasysha bagaimanapun belum meletakkan sebarang sasaran untuk segera naik pelamin.

“Jadi, saya cuba mencari kesimbangan antara kami bertiga. Saya bernasib baik kerana kakak-kakak terlebih dahulu terjun dalam dunia seni dan mereka sering membimbing serta menasikatkan saya untuk lebih terbuka,” kongsi Raysha.

Justeru, apabila terdapat netizen yang membongkar tentang kehidupan peribadi dan hubungan cinta selama 10 tahun bersama kekasihnya, seorang pelumba kereta

Formula 3, Nabil Jeffri, Raysha mampu kekal bertenang.

Akui juara Dewi Remaja 2015 itu, sejak bergelar pelakon dia tidak pernah me­nyembunyikan hubungan cintanya, namun tidak juga mendedahkan kepada umum.

“Saya tidaklah rasa seperti privasi peribadi diceroboh sebab memang selama ini tidak pernah menyembunyikan hubungan cinta. Cuma saya tidak dedahkan, namun tidak bermakna tidak tunjuk langsung.

“Malah, gambar yang diambil oleh pemi­nat itu adalah gambar yang dikongsi oleh kekasih saya sendiri dalam laman sosialnya. Jika ada netizen yang berkongsi gambar tersebut pun saya tidak kisah,” tutur Raysha.

RAYSHA sebenarnya lebih selesa untuk hidup sebagai bukan orang popular, tidak larut dalam glamor, tanpa pedulikan media sosial atau masalah orang industri seni.

Nilai bintang

Tambah pelakon drama Pendosa Ingin Ke Syurga itu, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana orang di sekelilingnya sedia maklum bahawa perhubungan mereka sudah bermula sejak di bangku sekolah.

Raysha bagaimanapun memiliki alasan kukuh untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan berkenaan selain menjaga batas kewanitaan.

“Kebanyakan orang tahu kami telah berkawan lama sejak sekolah. Saya memilih untuk tidak terlalu mendedahkan dan muat naik gambar kami berdua kera­na belum berkahwin. Tidak halal lagi, jadi tiada keperluan untuk letak gambar kami berdua,” kata Raysha.

Sungguhpun begitu, secara peribadi Raysha berasa gembira apabila netizen mempunyai rasa ingin mengambil tahu tentang kehidupan peribadinya.

Hal ini kerana, Raysha sedar di mata netizen dan peminat, dia tetap mempunyai ‘nilai’ seorang bintang meskipun tidak menjadikan kehidupan peribadi sebagai cagaran.

“Kalau mereka ingin ‘stalk’ Instagram untuk tahu apa yang saya buat setiap hari, saya tidak kisah dan tidak rasa mereka menyibuk.

“Jadi, apabila mereka kongsi balik gambar peribadi, saya rasa itu salah satu bentuk sokongan dan penghargaaan.

“Sebagai pelakon saya perlu berasa okey untuk orang tahu tentang diri saya kerana itulah harga yang perlu dibayar apabila saya membulatkan hati untuk masuk ke dunia seni,” luah Raysha.

Selepas kedua-dua kakak dan sepupunya, Oktovia Manrose mendirikan rumah tangga baru-baru ini, Raysha mengakui telah dihujani pertanyaan soal jodoh.

Meskipun berasa rimas, Raysha bagaimanapun bersikap terbuka dan mendedahkan enggan tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga. Dia sebaliknya perlukan masa dan melaksanakan impiannya terlebih dahulu.

“Saya percaya tidak perlu tergesa-gesa untuk berkahwin. Apabila saya bersedia, bulan depan pun boleh jadi (berkahwin). Jika merancang setiap tahun, tetapi belum sampai jodoh, tidak akan berlaku juga,” ujar Raysha yang tidak meletakkan sebarang sasaran untuk berkahwin.

SEBAGAI pelakon, Raysha bersikap terbuka jika ada peminat gemar mengambil tahu tentang kehidupan peribadinya.

Impian

Beralih bicara tentang karier, Raysha baru sahaja muncul dengan drama bersiri terbaharu berjudul Ex Aku Pontianak bersyukur dengan penerimaan khalayak terhadap lakonannya.

Sedar bahawa banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk menjadi pelakon versatil, setiap hari di set penggambaran adalah kuliah buatnya.

“Apabila berlakon dengan pelakon hebat contohnya dalam drama Ex Aku Pontianak, saya dapat bergandingan dengan Fatimah Abu Bakar dan Nadiya Nisaa, itu adalah pengalaman yang sangat bagus.

“Bayangkan di set penggambaran saya berdebar-debar hanya kerana pelakon gandingan ialah Fatimah Abu Bakar. Alhamdulillah, tiada pengalaman yang buruk.

“Sebaliknya saya seronok kerana selain sebagai pelakon gandingan, ibu Fatimah juga seperti guru yang memberi tunjuk ajar secara spontan dan percuma,” kongsi Raysha.

Biarpun Raysha sering mendapat watak gadis ayu dalam drama lakonan, hakikatnya, dia terbuka menerima watak berbeza termasuklah drama aksi.

“Biasa orang lihat saya berlakon watak-watak gadis ayu. Drama cinta biasa yang dilihat dalam televisyen, tetapi sebenar­nya saya suka mencabar diri melakonkan watak-watak berbeza.

“Saya tidak kisah untuk kelihatan comot atau kasar demi keperluan watak se­perti dalam drama Ex Aku Pontianak. Saya perlu kelihatan kuat dan gagah sebagai pemburu pontianak,” tutur Raysha.

Masih bersyukur dengan pencapaian diri, namun sebagai pelakon Raysha tidak pernah berasa puas. Berbeza dengan kehidupan peribadi, dia sebolehnya mahu menjalani kehidupan yang normal.

“Saya selalu cuba menjadi lebih baik setiap hari, terutama karier. Hakikatnya, saya seorang yang sangat ringkas dan tidak suka perkara yang berlebih-lebih.

“Sebagai individu saya hanya mahu jalani kehidupan normal seperti orang lain, tidak tertekan dengan media sosial, orang sekeliling dan industri seni. Tidak larut dengan glamor dunia seni.

“Kita ada pilihan, jadi gunakan setiap peluang yang hadir untuk menjadi

SELEPAS kedua-dua kakak dan sepupunya, Oktovia Manrose mendirikan rumah tangga baru-baru ini, Raysha mengakui telah dihujani pertanyaan soal jodoh.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN