fbpx
UNITED tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Boro menerusi penentuan sepakan penalti kelmarin. – AFP

United terkena sindrom lama Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United masih belum bangkit daripada ‘lena’ yang panjang dan dianggap telah terkena sindrom Liverpool pada era 90-an selepas impian mereka untuk memburu trofi berkecai sekali lagi.

Pada aksi pusingan keempat Piala FA kelmarin, United ter­singkir daripada saingan selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Middlesbrough sekali gus berdepan kemungkinan kemarau gelaran sekali lagi.

Kegagalan itu menyaksikan United hanya mempunyai satu-satunya peluang iaitu dalam saingan Liga Juara-Juara selepas ketinggalan agak jauh dalam kutipan mata untuk saingan Liga Perdana Inggeris.

Sekiranya musim ini mereka sekali lagi gagal meraih sebarang trofi, ia menjadi musim kelima berturut-turut mereka kemarau gelaran dan ia merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah kelab itu sejak era 80-an.

Bekas pemain Chelsea, Tony Cascarino mendedahkan, situasi­ itu hampir sama dengan apa yang dilalui oleh Liverpool apabila terpaksa menunggu tempoh 30 tahun untuk bangkit selepas menguasai saingan pada era 70an­ dan 80-an.

“United seperti melalui lena yang semakin panjang. Ia bukan mengenai cara permainan sahaja tetapi melibatkan banyak aspek dalam sebuah kelab bola sepak.

“Liverpool melaluinya pada tahun 90-an sehingga baru-baru ini mereka mula berjaya menjadikan kemenangan sebagai kebiasaan. Mereka kini sentiasa mencabar kejuaraan liga walaupun ditentang hebat Manchester City.

“United tidak kelihatan sebegitu, mereka gagal untuk me­nyaingi Liverpool ketika ini.

“Mereka semakin jauh daripada apa yang pernah mereka kecapi sebelum ini. Bagi United kini, kejayaan hanyalah apabila layak ke Liga Juara-Juara dan tidak le­bih daripada itu,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN