KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diperintah membela diri atas 47 pertuduhan yang dihadapi.
Hakim Datuk Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Ahmad Zahid atas semua pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap 47 pertuduhan tersebut.
Dalam penghakimannya ringkasnya, ketika memutuskan demikian, hakim itu berkata terdapat bukti dan wujud prima facie terhadap 47 pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas Ahmad Zahid.
Semalam Kosmo! melaporkan dengan keputusan mahkamah yang akan didengar penghakiman sedikit sebanyak akan mempengaruh serta mencorak masa depan karier politik Presiden UMNO tersebut.
Ia sama ada maruahnya akan terus terpalit dengan pertuduhan jenayah atau namanya dibersihkan jika beliau dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan yang dihadapinya.
Mengikut pertuduhan Ahmad Zahid, 68, didakwa atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Tertuduh didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagi kesemua pertuduhan itu, Ahmad Zahid didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 yang mana dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016. – K! ONLINE