fbpx
MOHD. SAID masih mengekalkan harga jualan minuman dan makanan di warungnya di Kampung Dusun, Parit meskipun terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang.

‘Kami tak sampai hati mahu jual mahal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Disebalik tindakan peniaga gerai dan restoran di kawasan bandar menaikkan harga jualan makanan selepas terbeban dengan kenaikan bahan mentah, situasi sebaliknya pula membelenggu golongan peniaga di kawasan kampung.

Mereka yang juga terbeban dengan kos operasi terpaksa melupakan hasrat untuk menaikkan harga jualan makanan selepas mengambil kira taraf hidup pe­langgan yang rata-ratanya dalam kalangan golongan kurang berkemampuan.

Pengusaha Warung Kampung Dusun, Mohd. Said Zar berkata, meskipun terbeban dengan kenaikkan harga barang, namun dia masih mengekalkan harga minuman dan makanan yang dijual di kedainya.

Katanya, dia tidak boleh menaikkan harga jualan sewenang-wenangnya kerana tindakan itu akan membebankan pelanggan yang kebanyakannya bekerja sendiri.

“Sebelum ini kalau saya beli barang untuk berniaga tidak sampai RM100 tapi sekarang lebih RM150 dan memang terasa dengan kenaikkan harga ini.

“Orang ramai mungkin ada yang perasan dan mungkin tidak, tetapi bagi saya yang berniaga dan membeli barang setiap hari, perbezaan harga barang itu memang ketara sehingga boleh membuatkan kita termenung sekejap bila memikirkannya,” katanya kepada Kosmo! ketika di temui di kedainya di Kampung Dusun Hulu di sini semalam.

PELANGGAN kini terpaksa berbelanja lebih apabila sebilangan peniaga menaikkan harga makanan ekoran kos yang meningkat. – GAMBAR HIASAN

Kedai makan yang terletak di tepi Sungai Perak dekat Layang-Layang Kiri itu menerima pelanggan kebanyakannya dalam kalangan masyarakat setempat yang rata-ratanya bekerja kampung termasuk berkebun.

Harga masakan termasuk pe­l­­­ bagai nasi goreng dijual antara RM4 dan RM5, mi sup, mi kari dan lontong RM3.50 semangkuk, kuih-muih 4O sen, manakala secawan Milo panas RM1.50.

Berikutan itu, Mohd. Said berkata, sebarang kenaikan harga makanan akan dirasai pe­langgan sedangkan pendapatan mereka pula tidak seberapa.

Tambah Mohd Said, anak-anaknya pernah menyarankan agar dia menaikan sedikit harga minuman dan makanan sekitar 20 sen hingga 50 sen tetapi dia menolak cadangan berkenaan selepas memikirkan beban yang bakal ditanggung pelanggan.

“Jika harga terus naik lebih-lebih lagi harga siling ayam bakal dimansuhkan bulan depan tidak mustahil saya akan menaikkan harga minuman dan makanan selepas ini.

“Tetapi kenaikan harga ber­kenaan tidaklah keterlaluan kerana saya masih memikirkan beban yang ditanggung oleh pe­ langgan kami sebab saya berniaga di kampung bukan di kawasan bandar,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN