fbpx

Kerajaan tak campur tangan dalam kes Azam Baki – Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Komuniti Kota Marudu, hari ini. /FOTO IHSAN JABATAN PENERANGAN

KOTA MARUDU – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan kekal dengan keputusan untuk tidak campur tangan dalam kes yang membabitkan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Ismail menyatakan hal ini disebabkan ia bertentangan dengan tujuan penubuhan SPRM sebagai sebuah badan bebas yang tiada campur tangan kerajaan khususnya Perdana Menteri.

“Semua harus memahami perkara itu dan konsisten dalam memastikan SPRM kekal sebagai badan bebas yang tiada campur tangan termasuklah oleh Perdana Menteri dan kerajaan.

“SPRM asalnya adalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) tetapi ramai tidak setuju dan minta ia dijadikan sebuah badan bebas.

“Ia bertujuan supaya tiada campur tangan secara langsung daripada kerajaan khususnya Perdana Menteri, disebabkan ia ditubuhkan SPRM.

“Sekarang mereka mahu saya campur tangan tetapi saya berharap kita konsisten dengan apa yang dilakukan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Komuniti Kota Marudu, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Pakatan Harapan (PH) yang meminta satu badan bebas menyiasat kes berkaitan pemilikan saham dalam syarikat Bursa Malaysia oleh Azam selain menggesa beliau direhatkan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menjelaskan, tindakan sewajarnya tetap akan diambil berhubung kes yang dikaitkan dengan Azam mengikut peruntukan yang ditetapkan oleh SPRM.

“Gambaran diberi seolah-oleh kerajaan berdiam diri. Itu salah kerana tindakan telah dilakukan mengikut tatacaranya sendiri selaku sebuah badan bebas,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI