fbpx

Lelaki bakar diri sendiri kerana protes mandat vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis dan bomba berjaya memadamkan api sebelum menahan lelaki yang cuba membakar diri sendiri di dalam sebuah kereta. – Metro Uk

MELBOURNE – Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di dalam sebuah kereta ketika melakukan protes mengenai mandat pemberian vaksin di Melbourne pada malam tahun baharu yang lalu, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kereta jenis ‘hatchback’ berwarna perak dilihat terbakar sepenuhnya berhampiran sebatang jalan di pinggir bandar Richmond pada kira-kira pukul 5 petang (waktu tempatan). 

Pengunjung restoran berdekatan dilaporkan mendengar satu jeritan ketika kejadian.   

Saksi memaklumkan bahawa anggota polis dan bomba berjaya memadamkan api sebelum menahan lelaki itu.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital oleh ambulans dan mengalami kecederaan parah.

“Lelaki itu mencurah minyak petrol ke atas badannya dan pada kereta.

“Dia kemudian menjerit berkenaan mandat vaksin, tiada sijil vaksinasi dan melempar buku,” kata seorang pengunjung restoran, Lydia O’Connor. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI