fbpx

‘Maaf, umrah tak batal cuma tangguh sahaja’ – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR – “Saya minta maaf kepada mereka yang nak pergi umrah, namun mudarat lebih besar adalah kesihatan awam dalam hal ini,” demikian ujar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini.

Beliau menegaskan, bukan hasrat Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan untuk menyekat perjalanan rakyat dan tindakan diambil adalah berdasarkan data serta maklumat kes positif Covid-19 yang diperolehi.

“Kita sudah bersetuju hidup dengan Covid-19 tetapi apabila maklumat dan data diterima sangat-sangat membimbangkan dan peningkatan sangat mendadak, kita tiada pilihan iaitu sekat sedikit. Ia (umrah) tak batal tetapi tangguh sahaja.

“Justeru, kita sedang berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji iaitu bagaimana mereka yang terkesan ini dapat menjadualkan semula umrah mereka atau adakah bayar balik (refund) dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, tiada mana-mana Menteri Kabinet yang beragama Islam mahu menangguhkan perjalanan ibadah umrah kepada umat Islam di negara ini.

“Tetapi ini perkara serius, bukan ciapan di media sosial atau video di aplikasi TikTok tetapi ini adalah soal kehidupan anda,” ujarnya.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, tidak timbul soal jemaah umrah sahaja dikenakan pemakaian peranti digital sewaktu kuarantin kerana pengembara dari negara berisiko yang lain juga perlu memakai peranti tersebut. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI